FAQ

MASALAH BIASA YANG DIHADAPI OLEH AGEN



Langkah-langkah perlu dilakukan dari awal hingga akhir : 
1) Mendaftar sebagai agen
2) Selepas mendaftar, anda dikehendaki memasukkan modal untuk order prepaid
3) Selepas modal dimasukkan, anda boleh membuat order dan menggunakan kemudahan ini.


Pelanggan tidak menerima topup : Perkara ini biasa terjadi disebabkan kerana, kemungkinan pelanggan memberi nombor handphone yang salah atau anda sendiri tersilap menaip nombor handphone pelanggan tersebut. Sila pastikan dengan betul nombor h/p yang hendak ditopup sebelum anda menghantar SMS tersebut. Juga pastikan nombor server (Gateway) yang dihantar adalah nombor server yang betul & sah. Anda digalakkan untuk mencatit serta menyimpan transaksi SMS setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini & sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda & kami.

Topup lambat diterima oleh pelanggan:  Perkara ini mungkin juga akan terjadi disebabkan pada masa-masa tertentu kemungkinan besar terlalu ramai orang yang sedang melakukan proses transaksi topup dan sistem rangkaian server Celcom / Maxis terlalu sibuk mengendali dan memproses transaksi topup tersebut.


Perkara lain yang tidak mungkin berlaku: SMS yang anda hantar tidak sampai ke server kami. Ini mungkin disebabkan anda tersalah menghantar SMS ke nombor server yang tidak betul & tidak sah. Juga disebabkan ketika anda menghantar SMS itu, tiada liputan rangkaian. Ini juga disebabkan mungkin kerana kesibukkan pengendali rangkaian yang sedang melakukan kerja-kerja maintainance sistem rangkaian mereka. Masalah ini biasanya jarang berlaku. Setiap kali anda topup pelanggan, sila pastikan mesej yang dihantar itu betul-betul telah berjaya dihantar (aktifkan Delivery Report). Sekiranya SMS anda berjaya dihantar, bermakna pelanggan anda berjaya ditopup. Selepas itu, anda akan menerima mesej pengesahan beserta makluman baki terkini flexi reload anda dari server kami secara automatik.